Biro-biro PBBUD terdiri dari:
Biro Agama dan Kebajikan
Ahli Jawatankuasa biro:
Pengerusi : Nor Hashim bin Ahmad
Ahli Jawatankuasa I: Ahmad Qarib bin Md. Azmi
Ahli Jawatankuasa II : Zaharis bin Abu Bakar
Matlamat biro:-
OBJEKTIF BIRO :
AKTIVITI-AKTIVITI:
1.
Mengadakan kelas mengaji AL-QURAN dan tajwid kepada golongan belia terutama para
remaja di masjid kampung Ayer Panas.
2. Mengedarkan risalah yang
berkaitan dengan kelebihan solat fardu dan solat Jumaat berserta dengan
kelebihan hadis Nabi Muhammad (s.a.w) pada setiap hari Jumaat seminggu
sekali.Turut disertakan dengan pengumuman minguan oleh pihak masjid
(contoh:majlis kenduri kahwin di sekitar qariah Ayer Panas.) Program ini
dinamakan " Risalah Jumaat".
3. Mempamirkan program-program
keagamaan yang dianjurkan oleh pihak masjid pada setiap minggu dan juga di
sekitar negeri Melaka pada papan kenyataan yang terdapat di kawasan kampung.
4. Menerbitkan "Buletin Belia"
yang memaparkan:-
a) Aktiviti yang telah dan akan
dijalankan oleh persatuan
b) Komentar berkaitan
isu-isu semasa di dalam dan luar negeri
c) Nukilan
pendapat ahli-ahli persatuan (contoh : karangan,sajak,rencana sains
&teknologi, ruangan
mengenal komputer dll )
5. Soal jawab agama, kuiz, teka
silang kata.
6. Gotong royong membersihkan
kawasan sekitar masjid dan tanah perkuburan kampung.
7. Qiamulail untuk
memperkukuhkan jati-diri belia.
8. Tabung kebajikan untuk ahli
yang ditimpa musibah dan melanjutkan pelajaran.
9. Berusaha menggalakkan belia
untuk turut serta dalam kelas agama (Bab Fekah ) yang dianjurkan oleh masjid
setiap hari selasa malam rabu.
10. Mengadakan "Majlis Berbuka
Puasa" semasa bulan Ramadhan Al-Mubarak. Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim
antara golongan belia dan tua dalam masyarakat kampung.
11. Sembahyang Sunat Hajat untuk
pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR/SPM 1998 yang melibatkan penyertaan
golongan belia dan masyarakat kampung.
Biro Sukan dan Rekreasi.
Pengerusi : Zulfadli bin Rahmad
Timbalan Pengerusi : Mohd. Shukrie bin Md. Kaus
Matlamat Biro:-
Mencapai kejayaan dalam bidang sukan dan rekreasi.
Melahirkan masyarakat yang sihat dan dari aspek rohani dan jasmani berasaskan norma-norma yang murni.
Menjadikan masyarakat sentiasa berdaya saing untuk kemajuan dalam berpersatuan.
Mengelakkan terjerumus keaktiviti yang kurang sihat dikalangan belia yang bakal memimpin negara.
Objektif Biro:-
Melahirkan ahli-ahli yang boleh mewakili persatuan, negeri dan negara di dalam bidang sukan.
Menyertai semua pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Daerah, Negeri dan luar Negeri Melaka.
Aktiviti sepanjang tahun:-
Sukan Sepaktakraw.
26 April 1998 | Kejohanan Sepaktakraw Shah Alam, Selangor. |
3 Mei 1998 | Kejohanan Sepaktakraw Tertutup Negeri Melaka, Air Molek. |
10 Mei 1998 | Kejohanan Sepaktakraw Pulau Sebang, Tampin, Melaka. |
6 Jun 1998 | Kejohanan Sepaktakraw Tertutup UMNO Bahagian Jasin, Melaka. |
22 & 23 Ogos 1998 | Pertandingan Sepaktakraw Terbuka Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka. |
31 Ogos 1998 | Kejohanan Sepaktakraw Tertutup Paya Dalam, Melaka. |
28 September 1998 | Kejohanan Sepaktakraw Liga Sukan Untuk Semua Peringakat Daerah. |
3 & 4 Oktober 1998 | Kejohanan Sepaktakraw Liga Sukan Untuk Semua Peringakat Negeri Melaka. |
19 Oktober 1998 | Karnival Sukan MAYC kawasan Jasin. |
28 & 29 Nov. 1998 | Kejohanan Sepaktakraw Tertutup UMNO Cawangan Kesang. |
12 Disember 1998 | Kejohanan Sepaktakraw Rakan Muda bawah 25 tahun peringakat Negeri Melaka 1998. |
19 Oktober 1998 | Karnival Sukan MAYC kawasan Jasin. |
Menyertai pertandingan sukan anjuran Pemuda UMNO Cawangan Ayer Panas. |
Kenangan Manis
28 September 1998 | Kejohanan liga sukan untuk semua peringkat daerah.Tempat pertama dan kedua telah dimenangi oleh pasukan sepaktakraw Belia Bakti (MAYC) Ulu Duyung dan dengan itu juga kedua-dua pasukan kita telah dipilih mewakili daerah Jasin ke kejohanan liga sukan untuk semua peringkat negeri yang dilangsungkan di Komplek Belia dan Sukan Air Keroh. |
19 Oktober 1998 | Karnival sukan MAYC daerah Jasin. tempat pertama, ketiga dan keempat telah dimenangi oleh pasukan sepaktakraw Belia Bakti (MAYC) Ulu Duyung. |
Biro sukan dan reakreasi juga telah melahirkan seorang bakat muda yang telah terpilih untuk mewakili Melaka dalam kejohanan sepaktakraw MSSM beliau juga telah mengikuti latihan Tunas Cemerlang 98 untuk mewakili Malaysia di dalam kejohanan sepaktakraw di bawah 15 tahun. |
Oleh yang demikian biro sukan & reakreasi berharap segala kejayaan yang dicapai akan menjadi satu rangsangan kepada biro yang lain.
Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA).
Pengerusi HELWA: Puan Siti Rohani binti Mohamat Ali
Laporan tahun 1997:
12 Januari 1997 | Mesyuarat AJK sempena Ramadhan di perpustakaan masjid Ayer Panas. |
18 Januari 1997 | Mesyuarat HELWA negeri di Air Keroh D'Village. |
25 Januari 1997 | Gotong-royong untuk maijlis berbuka puasa di masjid Ayer Panas. |
2 Februari 1997 | Mesyuarat AJK khas sempena malam Aidilfitri bersama masyarakat prihatin. |
14 Februari 1997 | Gotong-royong untuk persediaan malam Aidilfitri bersama masyarakat prihatin. |
15 Februari 1997 | Malam Aidilfitri bersama masyarakat prihatin di Dewan S.R.J.K(C) Pay Chio. |
16 Februari 1997 | Mesyuarat AJK kali ke-2 di perpustakaan masjid Ayer Panas. |
5 April 1997 | Mesyuarat AJK HELWA negeri Melaka di Kelab Sukan dan Sosial INTREM (MAYC) |
5 April 1997 | Kursus wanita dalam pengurusan dan kepimpinan persatuan di Komplek Belia dan Sukan Air Keroh. |
5 April 1997 | Mesyuarat agong PBBUD kali ke-3 di Dewan Makan Sekolah Kebanggsaan Seri Bemban. |
14 Mei 1997 | Mesyuarat khas sempena Hari Belia peringkat negeri Melaka di bilik mesyuarat FELCRA Lembah Kesang. |
14 Mei 1997 | Perbarisan sempena Hari Belia peringkat negeri Melaka di padang Sekolah Datuk Abdul Rahman Yaacub, Merlimau. |
14 Mei 1997 | Mesyuarat AJK kali ke-3 di perpustakaan masjid Ayer Panas. |
6 - 8 Jun 1997 | Kursus Pentadbiran dan Pengurusan Persatuan MAYC Kebangsaan Peringkat Zon Selatan di Resort Taman Lagenda Puteri Gunung Ledang, Asahan. |
11 - 13 Julai 1997 | Kursus Kecemerlangan Wanita Abad ke-21 di Wisma Tunku Syed Putra, Kuala Lumpur. |
28 September 1997 | Seminar Penerangan Keusahawanan Tabung Wang Kumpulan Amanah Pembangunan Ekonomi Belia di Strait Meridian Hotel, Bukit Baru, Melaka. |
26 Oktober 1997 | Mesyuarat Agong Negeri ke-35 di Dewan Besar Merlimau. |
30 Oktober 1997 | Mesyuarat AJK kali ke-4 di perpustakaan masjid Ayer Panas. |
Laporan tahun 1998:
4 Januari 1998 | Mesyuarat AJK di perpustakaan masjid Ayer Panas. |
18 Januari 1998 | Majlis berbuka puasa sempena Ramadhan di masjid kariah Ayer Panas. |
3 Februari 1998 | Majlis jamuan Hari Raya anjuran bersama Pemuda UMNO Ayer Panas di Dewan S.R.J.K.(C) Pay Chio, Bemban. |
28 Mac 1998 | Mesyuarat AJK HELWA Negeri Melaka kali pertama di Kelab Sukan dan Sosial INTREM (MAYC), Melaka |
28 April 1998 | Mesyuarat AJK di rumah saudara Pengerusi. |
24 Mei 1998 | Mesyuarat AJK di Bilik Gerakan JKKK Air Panas. |
7 Jun 1998 | Mesyuarat Agong Kawasan Jasin. |
27 Jun 1998 | Mesyuarat AJK HELWA Negeri Melaka ke-2 di Kelab Sukan dan Sosial INTREM (MAYC), Melaka |
5 Julai 1998 | Mesyuarat AJK ke-2 di Bilik Gerakan JKKK Air Panas. |
8 Ogos 1998 | Mesyuarat AJK ke-3 di Bilik Gerakan JKKK Air Panas. |
23 Ogos 1998 | Mesyuarat AJK HELWA Negeri Melaka ke-5 di Kelab Sukan dan Sosial INTREM (MAYC), Melaka |
Biro Ekonomi:
Pengerusi: Zaharen bin Zainal
Setiausaha: Sabarudin bin mad. Sudi
Misi:
- Memantap dan mengukuhkan kewangan persatuan.
- Memberi peluang kepada ahli-ahli mengukuhkan ekonomi secara individu.
Objektif:
Mencari sumber-sumber yang boleh mendatangkan kewangan persatuan.
Menjayakan aktiviti-aktiviti bercirikan ekonomi yang boleh dimanfaatkan oleh persatuan dan ahli-ahli.
Menggalakkan, mendorong dan membantu ahli-ahli menjayakan sesuatu projek ekonomi.
Membantu dan menguruskan hal-hal pentadbiran kewangan.
Aktiviti / program:
Mengadakan jualan minuman, buah-buahan dan makanan ringan sempena kejohanan sepaktakraw persatuan tahun 1997, 1998 dan 1999.
Mengambil tempahan membuat banner / kain rentang daripada persatuan / pertubuhan sekitar Daerah Jasin.
Mengadakan jualan t-shirt persatuan tahun 1997 dan 1998.
Mengambil tempahan 'pukulan kompang' untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis rasmi di dalam dan di luar kawasan kampung.
Hasil dari galakan, dorongan dan bantuan dari persatuan, kini telah lahir individu-individu dari ahli persatuan ini yang berjaya menjalankan projek ekonomi dan keusahawanan seperti:-
Projek pertanian oleh saudara Mohd. Zahir Omar dan saudara Bahari Samat di Solok Hilir, Kampung Ulu Duyung.
Perniagaan 'Siber Kafe' oleh saudara Zaharen Zainal bersama adik beliau saudara Syahiran Zainal (Syarikat Educom Edar) di Bandar Baru Merlimau.
|
|
Contoh t-shirt yang dijual kepada ahli dan bukan ahli
Biro Kebudayaan dan Keceriaan
Pengerusi: Saudara Samrat bin Mail
Setiausaha: Esharudin bin Mohamad
Matlamat biro:
Melahirkan beliayang berbudaya dan ceria di adalam aspek kehidupan.
Memupuk semangat cintakan agama, bangsa dan negara.
Menggalakkan beliadi dalam aktiviti berfaedah.
Menjadikan aktiviti kebudayaan dan keceriaan kekal sepanjang zaman.
Objektif biro:
Mengujudkan belia yang berbudaya dan ceria.
Menjadi lambang kepada masyarakat.
Mengelakkan belia daripada aktiviti yang tidak sihat.
Memupuk semangat tolong-menolong.
Laporan aktiviti:
Gotong-royong membersihkan balairaya pada 9 Ogos 1998
Mengadakan mesyuarat AJK.
Gotong-royong memasang pelita Pada hari raya bermula dengan menebang buluh.
Menyerikan suasana perkahwinan dengan pukulan kompang kelalang samaada di dalam kampung atau pun di luar kawasan kampung.
Menghias dan membersihkan balairaya apabila digunakan.
Membantu dan menjayakan aktiviti yang dijalankan oleh biro.
Latihan kompang untuk belia.
Memberi sumbangan kepada ahli yang baru melansungkan perkahwinan.
Cadangan aktiviti:
Menghias kampung dengan menanam bunga.
Mendapatkan sumber kewangan untuk penambahan kompang dan pakaian.
Menghantar wakil belia menyertai pertandingan kebudayaan.
Mengadakan lawatan kecerian ke Pulau Langkawi pada bulan Ogos.
Biro Pendidikan dan Kemasyarakatan
Pengerusi: Saudara Rosman bin Md. Kaus
Ahli Jawatankusa: Norawal bin Idris
Objektif biro:
Meningkatkan kesedaran kepada ahli dan masyarakt tentang pentingnya ilmu.
Mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli dengan seluruh penduduk setempat.
Membantu ke arah pembangunan dan kemajuan kampung.
Aktiviti:
Mengadakan kelas bimbinagn Matematik bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan.
Seminar celik komputer dan IT untuk ahli dan para remaja kampung.
Menghantar peserta ke kursus pentadbiran dan pengurusan persatuan zon selatan di Taman Lagenda Puteri Gunung Ledang, Asahan.
Menghantar empat orang peserta ke dialog penulisan dan pengisian kemerdekan di Muara Sungai Duyung pada 30 Ogos 1998 bersama Sasterawan Negara, Abdullah Hussain.
Mengadakan gotong-royong:-
Membersihkan tanah wakaf di Ulu Duyung.
Membersihkan dan mengecat masjid.
Membina gelanggang sepaktakraw.
Menghias dan menceriakan balairaya.
Membantu dan mengembeleng tenaga semasa majlis perkahwinan.
Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sedia ada di kampung dalam apa jua aktiviti.
Membantu ahli dalam bentuk sumbangan kepada ahli yang melansungkan perkahwinan.
Mengadakan derma kilat untuk ahli yang kematian waris terdekat.
[Sekapur Sireh] [Ahli Jawatankuasa] [Perakuan] [Biro-Biro] [Aktiviti] [Geleri] [Penghargaan] [Keratan Akhbar] [Link] [Terima Kasih]
Dikelolakan sepenuhnya oleh PBBUD Alamat: Km 22, Kg. Ulu Duyong, 77200 Melaka. Tel:06-5217499 email:pbbud@yahoo.com