Laporan Peserta Pertukaran Belia ke Korea

Pengenalan.

            Rancangan Pertukaran Belia Malaysia-Republik Korea telah diadakan dari 11 hb hingga 22 hb September 1999 di Republik Korea. Program pertukaran belia ini adalah anjuran Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Seramai 15 orang telah terpilih melalui temuduga di peringkat negeri untuk menyertai program ini yang terdiri dari 3 wakil dari kementerian dan 12 orang peserta dari pertubuhan-pertubuhan belia (Lampiran 1).

Objektif.

            Program ini dijalankan sejak tahun 1980-an dan bertujuan untuk mendedahkan belia-belia Malaysia kepada beberapa aspek seperti perindustrian, sosial, pendidikan dan pertanian di Korea.

Jadual Perjalanan Rancangan

            Peserta dikehendaki melaporkan diri pada 8 hb September untuk program orientasi di Jabatan Belia Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Program oreintasi ini dijalankan selama 4 hari sebelum bertolak ke Republik Korea pada 11 hb September 1999.

TARIKH

PERKARA

TINDAKAN

8 Sept

Peserta melaporkan diri di Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan, Kampung Pandan.

Taklimat program majlis orientasi peserta.

Perlantikan Jawatankuasa Program Pertukaran Belia Malaysia Korea sesi 1999.

 

1.      Ketua peserta

2.      Setiausaha

3.      Bendahari

 

4.      Biro Budaya

 

 

 

 

5.      Biro Kebajikan

 

 

 

6.      Biro Sukan

Peserta

 

En. Shahril

 

 

En. Lim Joo Kiat

Cik Tan Siew Ling

Cik Wong Shieh Ling

 

§    Abdul Wahid

§    Ayub Khan

§    Hanida

§    Haniza

 

§    Zulkefli Dahlan

§    Wong Siu Lee

§     Ramli Khalil

 

§     Koay Lay Hoong

§     P Anpalagan

§     Noor Asman

9 Sept

§         700 pagi – peserta menjalankan senaman pagi  di gelangang bola keranjang Kompleks Belia.

§         Sarapan pagi

§         Ceramah pertama – “Peranan dan Fungsi Kementerian Belia dan Sukan” dipengurusikan oleh En Ramli Khalil.

§         Ceramah kedua – “Kebudayaan dan Tradisi Rakyat Korea” dipengerusikan oleh En Lim Joo Kiat. Menyentuh soal corak kehidupan dan beberapa ucapan biasa telah diajar.

§         230 petang – perbincangan perancangan di Korea. Tumpuan diberikan kepada fokas pelancongan.

§         Pembahagian kerja:

§         Persediaan bahan promosi

 

§         Bahan perbincangan

§         Persembahan seni (Zapin, Somazau, Silat Pulut dan Boria)

§         Persediaan Ucapan

 

 

§         Malam – latihan persembahan di bilik mesyuarat

Pn Koay

 

 

Pn Dahlia (Penolong Pengarah Pembangunan NGO)

Mr Yu dong Hun (Kedutaan Seni dan Informasi Korea)

 

Peserta

Lim Joo Kiat

Anpalagan

Koay Lay Hoong

Abdul Wahid

 

En Mansor

Wong Shieh Ling

Tan Siew Ling

Abdul Wahid

10 Sept

§         Ceramah Tiga – “ Perhubungan Dua Hala Malaysia Korea”

 

 

 

§         Perbincangan peserta berkaitan persediaan sebelum berangkat ke Repuklik Korea.

§         Latihan persembahan

Dr. Hasrul Sani Mytabar (Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri)

Peserta

Abdul Wahid

11 Sept

§         Persediaan terakhir sebelum bertolak – membeli cenderahati sebagai pertukaran dengan peserta di Korea.

§         730 malam – bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan berlepas ke Seoul pada jam 12 malam.

Peserta 

 

 Peserta

12 Sept

§         Jam 600 pagi - Tiba di Lapangan Terbang Kimpo – Seoul, sambutan dilakukan oleh wakil dari Korea:

§         Setiausaha Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Korea.

§         Koordinator Program

§         Jurubahasa

 

 

§         Makan tengah hari di Hotel Sofitel Ambassodor, Chung-ku, Seoul.

§         Petang- melancung di bandar seni di Jalan Insadong, Chongmyo.

§         Malam – makan di Hotel Ambassador.

 

Mr Yoon Seong Gil

 

Mr Park Sang Young

Mrs Nam Ho Chong

Ms Lim Hyun Joo

 

Peserta

13 Sept

§         Pagi – Lawatan ke Kementerian Kebudayaan Dan Pelancongan Republik Korea. Persembahan audio Visual pengenalan Republik Korea secara ringkas.

§         Lawatan Ketua Pengarah Biro Belia, Kementerian Kebudayaan Dan Pelancongan Republik Korea.

§         Penolong Ketua Pengarah Biro Belia telah menyambut peserta di pejabat beliau.

§         Ucapan wakil pserta adalah oleh En Mansor. Beliau menyentuh tujuan dan harapan rombongan dari Malaysia kali ini. Maklumat berkaitan pembangunan belia juga di sampaikan.

§         Lawatan ke Bilik Pameran Se-Li-Zhi (seni reka tangan rakyat Korea)

§         Makan tengah hari di Restoran Da Lin Chen.

§         Petang – Lawatan ke Dewan Perhimpunan Negara dan seterusnya ke Persatuan Belia Korea.

§         Lawatan ke Pusat Kebajikan Wanita Muda, Kwangmeong-shi, Kyonggi-Do. Ini adalah penempatan sementara bagi pekerja wanita yang belum berumahtangga. Kemudahan yang terdapat di sini.

§         Bilik Komputer

§         Bilik Sukan

§         Asrama

§         Dewan

§         Makan di Restoran Nolbujip

§         Malam – aktiviti bebas di Hotel Sofitel

 

 

 

 

Mr. Yu Chin Huan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mr. Qian Chang Wan – pengurus pusat

14 Sept

§         Pagi – bertolak ke Asan Plant (Syarikat Motor Hyundai. Pengenalan ringkas sejarah penubuhan dan rancangan masa hadapan Hyundai.

§         Bilangan pekerja – 2,916 orang

§         1000 unit kenderaan setiap hari.

§         Lawatan proses pembuatan produk.

§         Makan tengah hari di Restoran Ya lang.

§         Menonton Persembahan seni Tradisi Korea di Panggung Chongdun. Persembahan seperti:

§         Samdo Pungmulgut.

§         Kommu

§         Pangut

 

Ms. Hung Jung Ho

15 Sept

§         Lawatan ke Kedutaan Malaysia di Korea. Rombongan kami disambut baik oleh kakitangan kedutaan.

§         Ucapan disampaikan oleh En Azmi dimana beliau menyentuh soal masalah yang ketara antara belia Malaysia dan Korea dan bagaimana menjalinkan hubungan yang erat antara dua hala.

§         Kami dijamu makanan ala Malaysia (Kuih Bakar, Pulut Panggang, Seri Muka)

 

 

§         Makan Tengah di Restoran Ko Hang Chon, Yong-in, kami dijamu pula makanan tradisional Korea iaini “Dol-sot Bi-bimpap”

§         Seterusnya lawatan ke Perkampungan Rakyat Korea (Yong-in-shi, Kyonggi-do) dimana kami dapat menyaksikan bagaimana corak kehidupan tradisional rakyat korea yang dikekalkan di perkampungan tersebut.

§         Petang – melaporkan diri di Pusat Latihan Belia Pyongchang, Kangwondo. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam menaiki bas persiaran.

§         Disini kami berkenalan dengan belia Korea yang menjadi peserta Pertukaran Belia Korea Malaysia. Mereka terdiri dari pelajar Universiti.

§         Seramai 14 orang peserta terlibat yang terdiri dari 8 buah Universiti. Majlis orientasi disebelah malam.

 

 

Duta – Dato’ V. Yoogalingam.

Penasihat – En Sharifuddin Shaarin

En Phang Yew Fook

En Abu Bakar Yusuf

En Mahat Hamzah

En Jaafar Hushin

16 Sept

§         Kesemua peserta (Malaysia dan Korea) bertolak ke Sungai Tong, Young-yol untuk program lasak – berakit (Rafting). Disini kami menjani beberapa aktiviti lasak yang dapat membina keyakinan diri seperti kami dibiarkan terapung di atas sungai yang dalam dan berakit diarus yang deras dan mencabar.

§         Kami juga dapat menyaksikan sendiri bagaimana keindahan persisiran sungai dijaga.

§         Aktiviti berkit di Tong-gang mengambil masa 5 jam.

§         Disebelah malan kami diberi peluang untuk bermain sendiri alat muzik tradisional Korea.

§         Jang-gu

§         Jing

§         Book

§         Gigweng ga-ry

§         Alat muzik ini mirip kepada alat muzik negara kita seperti Gong, Kompang dan Tabla.

 

17 Sept

§         Mendaki gunung Sorak (Sorak-sun) dengan Kabel Car dan Laut Timur.

§         Lawatan ke Taman Negara Sorak-sun.

§         Makan Tengahari di Hotel Kensington.

§         Lawatan ke Ekpo Perdagangan dan Perlancongan Antarabangsa 1999 di Fusan. Disini kami berjumpa dengan wakil dari Malaysia (TDC) yang membuat promosi pelancongan Malaysia di Korea.

§         Selain pameran pelancongan dari berbagai negara, kami juga menyaksikan perarakan kereta berhias dan perbarisan orang asli Korea.

§         Malam – majlis perpisahan antara peserta dari Korea dan Malaysia diadakan di Pyong Chang. Persembahan Karaoke diaturkan dimana ramai dikalangan peserta menunjukkan bakat menyanyi samada lagu tradisional mahupun lagu moden.

 

18 Sept

§         Bertolak pulang ke Seoul dan makan tengahari di Restoran Da Lin Chin.

§         Majlis berkenalan denga keluarga angkat. Program ini bertujuan mengambil kesempatan kami mengenali labih dekat lagi kehidupan dan budaya rakyat Korea. Sepanjang prodgram ini kami dilayan dengan mesra oleh meraka serta ada dikalangan kami dibawa melancung disekitar Bandaraya Seoul.

 

19 Sept

§         Kami bertukar-tukar cenderamata dengan keluarga angkat. Ini sememangnya telah kami atur semasa kami di Tanah Air lagi.

§         Majlis perpisahan dengan keluarga angkat di Lobi Hotel Sofitel. Sterusnya makan malam di Restoran Pul Hyang Gi.

 

20 Sept

§         Lawatan ke Museum Adat Rakyat Negara Korea – disini kami menyaksikan bagaimana perkembangan corak kehidupan orang Korea.

§         Makan Tengahari di Restoran Koreana (makanan Jepun).

§         Melancong ke pasaraya Elektronik. Pasaraya setinggi 6 tingkat dimana semua aras menjual peralatan elektrik dan elektronik sahaja.

§         Lawatan ke Akuarium di Plaza Fountain 63. (bangunan tertinggi di Korea) dan seterusnya makan di Restoran Buffet Plaza Fountain 63.

 

21 Sept

§         Aktiviti bebas dimana kami sempat membeli belah buah tangan sebagai cenderahati dari Korea. Tempat yang sempat kami pergi untuk membeli belah

§         Namdaemun

§         Tongdaemun

§         Majlis makan malam perpisahan bersama pegawai belia dari Korea di Restoran Ji Wha Ja.

 

22 Sept

§         Berkumpul untuk bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kimpo.

Mr Yoon

Mr Park

Mrs Nam

Ms Lim

Rumusan.

            Secara keseluruhannya peserta telah menimba banyak pengalaman dan mendapat banyak faedah dari sesi Pertukaran Belia ini. Selain dapat menyaksikan sendiri keindahan Republik Korea, pendedahan kepada corak Kebudayaan dan Kehidupan telah membuka minda peserta bahawa terdapat satu bangsa yang berjaya disatukan dibawah satu negara yang telah menunjukkan kejayaan dimata dunia. Melalui perbincangan kami, penilaian diberikan oleh peserta adalah seperti berikut.

1.      Di Malaysia.

§        Maklumat tawaran yang diberikan tidak lengkap seperti masa melaporkan diri.

§        Memilih seorang dari peserta adalah jurulatih seni.

2.      Di Korea

§        Atur cara longgar.

§        Kurang komunikasi antara peserta Malaysia dan Korea.

§        Persediaan persembahan tetapi tiada dalam program di Korea.

3.      Cadangan

§        Mengadakan aktiviti yang melibatkan interaksi antara kedua-dua Belia.

§        Rumusan ringkas mengenai peserta Malaysia adalah perlu sebagai maklumat tambahan kepada keluarga angkat.

§        Libatkan keluarga angkat dalam aktiviti berkaitan.

§        Penubuhan Alumni bagi program ini.

 

asmankorea.JPG (11788 bytes)

asmankorea3.JPG (25615 bytes)

asmankorea2.JPG (24254 bytes)

 

[Sekapur Sireh] [Ahli Jawatankuasa] [Perakuan] [Biro-Biro] [Aktiviti]
 [Geleri] [Penghargaan] [Keratan Akhbar] [Link] [Terima Kasih]

Dikelolakan sepenuhnya oleh PBBUD Alamat: Km 22, Kg. Ulu Duyong, 77200 Melaka. Tel:06-5217499 email:pbbud@yahoo.com