Kata-kata aluan dari Pengerusi Persatuan Belia Bakti (MAYC) Ulu Duyung.

Syukur, Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya mengucapkan sepatah dua kata di dalam ruangan ini. 

Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli-ahli yang telah berjaya membina laman web Persatuan Belia Bakti (MAYC) Ulu Duyung. 

Dengan adanya laman web ini, maka dapatlah Persatuan Belia Bakti (MAYC) Ulu Duyung meluaskan skop aktiviti dan segala yang berkaitan dengan persatuan. 

Ini merupakan satu kejayaan bagi persatuan belia kami yang mana dapat menggunakan
teknologi dan bersama-sama ke arah membentuk masyarakat berilmu.

Sesungguhnya, sebagai pengerusi persatuan ini saya juga mengambil kesempatan
mengucapkan tahniah sekali lagi kerana dengan adanya laman web ini, ianya dapat
mengemaskini dan menyampaikan maklumat berkaitan persatuan secara moden.

Malah diharapkan persatuan ini akan dikenali dan dapat bertukar-tukar fikiran dan maklumat dengan persatuan lain.

Akhir kata, diharap usaha ini akan menjadi pemangkin ke arah yang lebih maju. Persatuan Belia Bakti (MAYC) Ulu Duyung sentiasa berusaha dan usaha laman web ini merupakan satu anjakan paradigma yang kami cuba lakukan.

Sekian, terima kasih.

Rosman bin Md. Kaus

Pengerusi PBBUD

[Sekapur Sireh] [Ahli Jawatankuasa] [Perakuan] [Biro-Biro] [Aktiviti]
 [Geleri] [Penghargaan] [Keratan Akhbar] [Link] [Terima Kasih]

Dikelolakan sepenuhnya oleh PBBUD Alamat: Km 22, Kg. Ulu Duyong, 77200 Melaka. Tel:06-5217499 email:pbbud@yahoo.com