Aktiviti-aktiviti:

Sessi 1996/97

1.    Menyertai Hari Keluarga MAYC Daerah Jasin di Taman Lagenda Puteri Gunungn Ledang, Asahan, Melaka.  

    
2.    Gotong royong membersih dan mengecat kawasan Masjid Jamek Air Panas.


3.    Mengadakan majlis berbuka puasa untuk ahli-ahli dan jemputan di Masjid Air Panas.


4.    Memasang pelita keliling kampung, membuat dan memasang banner sempena Hari Raya Aidilfitri


5.    Menganjurkan Malam Aidil Fitri bersama anak-anak yatim di Dewan SRJK (C) Pay Chioa, Bemban.


6.    Menghantar wakil ke majlis penutup Bengkel Belia Berbudaya MAYC Intrim di Gelanggang Budaya Air  Keroh, Melaka.


7.    Mengadakan gotong-royong di kawasan Tabika Kemas dan Sekolah Rendah Agama Bemban.


8.    Menghantar wakil ke Majlis Dialog terbuka YAB Perdana Menteri mengenai MSC di Hotel Renaisence.


9.    Mengadakan Mesyuarat Agong Persatuan.


10.   Menghantar 25 orang keperhimpunan Hari Belia Negeri Melaka di SEDARY.


11.   Menghantar 6 orang ke kursus Pentadbiran dan Pengurusan Persatuan MAYC Kebangsaan Peringkat Zon Selatan di Resort Taman Lagenda Puteri Gunung Ledang.


12.   Menghantar 5 orang wakil ke Mesyuarat Agong Tahunan MAYC Negeri Melaka di Dewan Besar Merlimau.


13.   Menghantar 3 orang wakil ke Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan.


14.   Menganjurkan Seminar Teknologi Maklumat-Internet.

 

Sessi 1998

1.    Menghantar 2 orang wakil ke perasmian Kompleks Sukan Bukit Jalil pada bulan Julai 1998.

2.    Menyertai sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka seramai 5 orang pada 6 Julai 1998.

3.    Gotong-royong membersihkan Bilik Gerakan JKKK Ayer Panas pada 9 Ogos 1998.

4.    Menyertai Karnival Patriotik Melaka dalam acara tarik tali, sepak raga bulatan, mewarna, dan ratu miaw pada 23 Ogos 1998.

5.    Menghantar 3 orang wakil ke mesyuarat agong MAYC Negeri Melaka di Durian Tunggal pada 30 Ogos 1998.

6.    Menyertai Karnival Japerun Ayer Panas pada 20 September 1998.

7.    Menghantar 4 oramng wakil ke Mesyuarat Agong Kebangsaan di UKM, Bangi pada 16-18 Oktober 1998.

8.    Menyertai Karnival Sukan MAYC Kawasan Jasin pada 19 Oktober 1998.

9.    Sembahyang hajat dan bacaan Yassin di Masjid kariah Ayer Panas pada 31 Oktober 1998.

10.   Menyertai kejohanan ping pong dan badminton anjuran Pemuda Ayer Panas pada bulan November 1998.

11.   Majlis minum petang menjelang Ramadhan anjuran JKKK Ayer Panas pada 12 Disember 1998.

12.   Majlis berbuka puasa di Masjid Kariah Ayer Panas pada 9 Januari 1999.

13.   Dua orang ahli terlibat dalam membina laman web rasmi Persatuan Belia Bakti (MAYC) Ulu Duyung bermula pada Julai 1998.

14.   Jamuan Aidil Fitri dan pelancaran laman web rasmi PBBUD pada 22 Januari 1999.

15.   Menghantar 7 orang ahli ke jemputan Malam Bintang 98 dan Jamuan Aidil Fitri INTRIM di Dewan Kompleks Belia Ayer Keroh pada 6 Januari.

16.   Belajar mengaji Al Quran sepanjang tahun.

17.   Aktiviti sukan, sepanjang tahun.

18.   Kompang, sepanjang tahun.

Sessi 1999

1. - 6 Jan 99 - Turut bersama dalam Majlis Malam Bintang Dan Jamuan Aidilfitri INTREM di Dewan Kompleks Belia Dan Sukan, Ayer Keroh.

2. - 9 Jan 99 - Mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Berbuka Puasa Di Masjid Kariah Ayer Panas.

3. - 27 Ramadhan - Menjalankan projek Cahaya Aidilfitri dengan memasang pelita di sepanjang jalan utama kampung.

4. - 1 Syawal - Mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri dan pelancaran Laman Web PBBUD oleh Y.B. En. Chong Tam On, ADUN Ayer Panas.

5. - 22 Jan 99 - Menyuarat Jawatankuasa PBBUD di Perpustakaan Masjid Ayer Panas.

6 - 10 Mac 99 - Memulakan kelas mengaji Al-Quran di Masjid Ayer Panas untuk kalangan belia.

7 - Mei 99 - Mesyuarat Jawatankuasa PBBUD di Perpustakaan Masjid Ayer Panas.

8 - 1 Mei 99 - Perhimpunan Hari Belia Peringkat Kebangsaan Di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ahli terlibat: Mohd. Anas, Salihin dan Mohd. Aqsa.

9 - 14-16 Mei 99 - Menghadiri pelancaran "Mammogram Campaign" oleh Hospital Pantai, Ayer Keroh.

11 - 10 - 22 Mei 99 - Mesyuarat khas bagi membuat persiapan kedatangan panel hakim bagi pencalonan Anugerah Belia Negara kategori persatuan bagi peringkat negeri Melaka dan persiapan mesyuarat agung.

12 - 5 Jun 99 - Perlawanan Sepak Takraw persahabatan dengan Belia Kesang Tua di Kg. Kesang Tua. Keputusan: Menang 4-0.

13 - 12 Jun 99 - Gotong-royong membuat persiapan bagi Anugerah Belia Negara Kategori Persatuan peringkat negari Melaka.

14 - 8 Jun 99 - Majlis taklimat dan penghakiman anugerah oleh panel hakim diadakan di Bilik Gerakan JKKK Ayer Panas, Taman Bemban Jaya.

15 - 9 Jun 99 - Mesyuarat Agung PBBUD di Bilik Gerakan JKKK Ayet Panas.

16 - 20 Jun 99 - Perlawanan sepak takraw persahabatan dengan Pemuda Kg. Paya Ikan di Gelanggang Sepak Takraw Bukit Baru. Keputusan: Kalah 2-3

17 - 26 Jun 99 - Menyertai pertandingan sepak takraw LISUS di IKM, Jasin. Keputusan: Senior - Johan dan Naib Johan. Veteran - Johan.

18 - 27 Jun 99 - Menyertai FUTSAL (bolasepak 5 sebelah) untuk LISUS di Padang Rim, Jasin. Keputusan: Naib Johan.

19 - 4 Julai 99 - Perlawanan Persahabatan sepak takraw dengan PDRM Melaka di Padang Komplek Belia dan Sukan, Ayer Keroh.

20 - 8 Julai 99 - Biro Sukan dan Rekreasi mengadakan rombongan ke Pulau Pangkor, Perak.

21- 8 Julai 99 - Mengendalikan Program Latihan Sukan Sepak Takraw (PLSR) bagi remaja anjuran JBS dan MSD.

22 - Julai-Nov - Kursus Sukan dan Rekreasi anjuran Jabatn Belia dan Sukan Melaka di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh. Peserta: Mohd. Anas.

23 - 9-12 Julai 99 - Menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak sempena Hari Kebangsaan Di Melaka. Peserta: Ahmad Qarib Azmi.

24 - 11 Julai 99 - Perlawanan Persahabatan sepak takraw dengan Kg. Panchor, Durian Tunggal di Padang Sepak Takraw Taman Bemban Jaya.

25 - 17 Julai 99 - Perhimpunan Hari Belia Peringkat Negeri Melaka di Komplek Belia dan Sukan Ayer Keroh. Peserta seramai 28 orang.

26 - 24 Julai 99 - Perlawanan bolasepak persahabatan dengan Pasukan LIKOM di Padang Bola LIKOM, Melaka.

25 - 24 Julai 99 - Menyertai Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Daerah Jasin anjuran Pemuda UMNO Kesang Barat. Penyertaan: 4 regu.

26 - 1 Ogos 99 - Menyertai Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Melaka anjuran Pemuda UMNO Felda Bukit Senggeh. Penyertaan: 2 regu.

27 - 15 Ogos 99 - Mewakili Daerah Jasin dalam Kejohanan KESUKA/LISUS Peringkat Negeri Melaka di Komplek Belia dan Sukan Ayer Keroh.

28 - 28-29 Ogos 99 - Program Pertukaran Belia Malaysia ke Korea. Peserta: Norasman Md. Jelas.

29 - 13-23 Sept 99 - Menyertai pertandingan sepak takraw, bole sepak 7 sebelah dan ping pong dalam karnival Sukan Pemuda UMNO Bahagian Jasin di MRSM dan IKM Jasin.

30 - 19 Sept 99 - Menghantar 3 regu ke Pertandingan Sepak takraw Anjuran Kelab Dinamik, Paya Dalam.

31 - 26 Sept 99 - Menyertai Kejohanan Sepak takraw Piala Antara Juara tajaan Buana Hijau di Paya, Dalam.

32 - 5 Nov 99 - Mesyuarat Jawatankuasa PBBUD membincangkan program/aktiviti bulan Ramadhan Al-Mubarak.

 

 

[Sekapur Sireh] [Ahli Jawatankuasa] [Perakuan] [Biro-Biro] [Aktiviti]
 [Geleri] [Penghargaan] [Keratan Akhbar] [Link] [Terima Kasih]

Dikelolakan sepenuhnya oleh PBBUD Alamat: Km 22, Kg. Ulu Duyong, 77200 Melaka. Tel:06-5217499 email:pbbud@yahoo.com