Biro Agama dan Kebajikan

Ahli Jawatankuasa biro:

Pengerusi : Nor Hashim bin Ahmad

Ahli Jawatankuasa I: Ahmad Qarib bin Md. Azmi

Ahli Jawatankuasa II : Zaharis bin Abu Bakar

 

Matlamat biro:-

 

OBJEKTIF BIRO :

AKTIVITI-AKTIVITI:

1. Mengadakan kelas mengaji AL-QURAN dan tajwid kepada golongan belia terutama para remaja di masjid kampung Ayer Panas.


2. Mengedarkan risalah yang berkaitan dengan kelebihan solat fardu dan solat Jumaat berserta dengan kelebihan hadis Nabi Muhammad (s.a.w) pada setiap hari Jumaat seminggu sekali.Turut disertakan dengan pengumuman minguan oleh pihak masjid (contoh:majlis kenduri kahwin di sekitar qariah Ayer Panas.) Program ini dinamakan " Risalah Jumaat".


3. Mempamirkan program-program keagamaan yang dianjurkan oleh pihak masjid pada setiap minggu dan juga di sekitar negeri Melaka pada papan kenyataan yang terdapat di kawasan kampung.


4. Menerbitkan "Buletin Belia" yang memaparkan:-
    a) Aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh persatuan
    b) Komentar berkaitan isu-isu semasa di dalam dan luar negeri
    c) Nukilan pendapat ahli-ahli persatuan (contoh : karangan,sajak,rencana sains &teknologi, ruangan              mengenal komputer dll )


5. Soal jawab agama, kuiz, teka silang kata.


6. Gotong royong membersihkan kawasan sekitar masjid dan tanah perkuburan kampung.

 
7. Qiamulail untuk memperkukuhkan jati-diri belia.


8. Tabung kebajikan untuk ahli yang ditimpa musibah dan melanjutkan pelajaran.


9. Berusaha menggalakkan belia untuk turut serta dalam kelas agama (Bab Fekah ) yang dianjurkan oleh masjid setiap hari selasa malam rabu.


10. Mengadakan "Majlis Berbuka Puasa" semasa bulan Ramadhan Al-Mubarak. Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara golongan belia dan tua dalam masyarakat kampung.


11. Sembahyang Sunat Hajat untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR/SPM 1998 yang melibatkan penyertaan golongan belia dan masyarakat kampung.

 

Balik Ke Laman AJK

Ke Laman Biro Sukan & Reakreasi